Thursday, December 30, 2010

HAJAR BOLLYWOOD

FATINAH MUKHERJEE
MEYNA BASU
ALBIY BACHAN
PAULA RAI
NORA MALHOTRA
YANA SHERAWAT
AJMAL DIXIT
ALIAH KAPOOR
HANI RAMPAL
QIELA ZINTA

haa, puas cari list ne, rupa rupanya dlm buku sampah, jangan tak tahu, memang kami keturunan bollywood, sebab tu over dramatic sket kalau apa2 jadi,, :)


.:penat mencari ; HAJAR 3 :.

Cadangan : mungkin hajar 1 boleh buat list HAJAR K-POP pulak?

Saturday, December 25, 2010

rahsia disebalik nama

View Image

cerita punya cerita , rasanya tak terungkai lagi kisah disebalik link blog nh kan kan 

TELUR SETENGAH MASAK 

alkisahnya , satu hari si Hajar 3 nh entah kenapa agaknya dia buang tebiat teringin sangat nak makan telur setengah masak . tapi kesian sangat kat dia , nak tahu kenapa ?

sebab rudy dan abang pako tak menyediakan telur setengah masak nh . 6
bila order dekat kak ija pulak , dia bagi telur dadar . sedih kan ?

sehinggakan pada suatu tahap yang rasanya dah tak ada cara lain lagi nak selesaikan masalah nh , maka kami membuat keputusan untuk membeli telur mentah di pekan labu yang merupakan tempat outing pebret kami sedorm 

tapi takkan nak makan telur jee kan ? maka si Hajar 3 dengan penuh gigih dan yakin pun membeli laa kicap adabi serta pepper . perghh , cukup ramuan :)

dengan bantuan water heater si Hajar 1 tuh lagi , maka lengkaplah segala perkakas dan bahan untuk menyediakan telur setengah masak tuu 

sampaikan telur setengah masak nh dapat rating tertinggi sebagai hidangan kegemaran sarapan pagi dan minum malam kami . si Hajar 6 merangkap mak yang tak pernah reti nak makan pun terus jadi suka tau . sama jugak laa dengan Hajar 8 yang tak pernah makan tuu

bila nak makan telur setengah masak hari tuu , hati nh jadi sayu sangat . rindu nak buat telur setengah masak sama sama dengan Hajar lain :(

yang teringat ; Hajar 4

Hajar si kedai runcit

haa , sedap tak nama nh ? nak tahu tak kenapa nama dia begini ? alkisahnya ; 

orang kat keliling kami nh kan , kalau nak mengumpat , HAJAR 
kalau nak mengata ; HAJAR 
kalau nak tak puas hati sebab bilik bising ; HAJAR 
bilik yang di spot terbising tahun ini ; HAJAR 
bilik yang tak pernah reti nak senyap ; HAJAR 

haa , sedap tak ? padahal kan , aku rasa budak Hajar nh hidup betul betul hidup waktu lepas pukul 11 malam jee . waktu lain , orang lain lagi bising

tapi kan , bila nak barang , masih juara bertahan ; HAJAR 

contohnya :

tempat mintak sabun basuh pinggan
tempat pinjam segala barang yang agak agak tak ramai ada ( you know what )
tempat pinjam water heater
tempat tumpang guna segala menatang
tempat tanya informasi terkini
tempat nak dengar apa yang tak boleh didengar kat tempat lain
tempat nak baca komik
tempat nak pinjam ear*****
tempat nak lepak

dan segala macam kemudahan lain

aku tak paham laa , bila mengutuk tak sedar diri , tapi bila nak mintak tolong , sikit punya baik laa muka . haihh . manusia nh memang laa pelik 

tapi , kami halalkan semuanya . jangan risau . sekadar meluahkan apa yang terbuku di dada 

luahan perasaan Hajar 4 -.-

Thursday, December 23, 2010

muhasabah diri??

bismillahirrahmanirrahim..
dgn nama Allah,, patik menyeru tuan2 puteri penghuni kamar Hajar...yg berada di kota larangan SMAP..agr same2 kte mengigati memoir2 indah,, pahit,, manis kte bsame k...(pinky promiz? <btol ke spelling dye cmni?>)


di stu mlm yg hening...
ak bru je nk naek kamar terchenta..namun,, bile nk bukak pntu side ak, bermangga pulak..(tkpe2,, dorg cuak nan penceroboh owt..)..g la try bukak pntu side sebelah,, BERKUNCI!!?..ak bg salam..pusing2 sket tmbol pntu..tkde org dtg bukak pn..ak try gegar2 sket..pn tkde gk..aty da tk sedap da..laz2,, mncol la tn pteri Hajar 5 membuka pntu..

dipendekkan cter,,
ak dipanggil menghadap tn pteri yg len..9 org sume nye..ak di 'brainwash'...huhu..tkde la trok ne..
ade kata2 nsihat sket..teguran sket..tapi memg tk ley nak lupe...


            penangan Hajar 3..''ko da twu salah tapi wat agy??''
            jelingan maut Hajar 4..''ko da besar laa..tk yah ulang bnde2 cmnie..''
            jeritan Hajar 5..''nape ko pdg aku camtu??''
            ayat sayu Hajar 9..''ta prnah ade agy owg wat ak brani bersuara cmni..''
            kate2 emak juge..''memg tmpat nh hotel..''


yg len?? Hajar 1,, 7,, 8,, 10...sume diam jew..mungkin trlalu geram..haha..nway sokay guyz..ak tawu kowg syg kt ak..2 wat cmtu..kalo tk,, kmpem ak tak sedar en..


p/s: jgn jelez..ak punye kwn sume syg kt ak..!!

hikayat oleh Hajar 2...

Wednesday, December 22, 2010

hajar perangai pelik 10 teratas

HAJAR 1 : suka berguling guling semasa menggunakan telefon walaupun sedang bercakap dengan ustazah salwa                 tentang kelas tambahan

HAJAR 2 : hanya sedar pada waktu malam dan boleh tidur dari subuh ke asar tanpa mempedulikan apa2 yang berlaku. cth - kejadian hujan katil di blok C. boleh juga dipanggil 'nokturnal'

HAJAR 3 : suka berkaraoke tanpa mengira masa walaupun suara dia sememangnya sangat hodoh. confidence itu penting

HAJAR 4 : skip dahulu

HAJAR 5 : mempunyai sistem penghadaman yang super hebat, peratusan berada di tandas dan di dorm 50/50

HAJAR 6 : membesar dengan terlalu pesat, sangat matang sehingga boleh dipanggil 'mak' dalam kalangan hajar hajar lain

HAJAR 7 : mempunyai cara tersendiri untuk memesan makanan daripada abg. pako, kak ija dan lain lain. suka menggunakan trademark seperti 'ek'

HAJAR 8 : suka membuat lawak hambar, dan meneruskan lawak hambarnya walaupun sudah sedar yang semua orang sedang menghambarkannya

HAJAR 9 : jika makan berlebihan, lemak akan berkumpul di bahagian belakang badan

HAJAR 10 : walaupun menjadi hajar bongsu, dia meminati lagu lagu rock retro zaman dahulu kala. namun begitu masih meminati kartun dan menangis ketika menonton filem 'tangled'

bebalik kepada HAJAR 4 : mempunyai kebanyakan perangai pelik diatas, malah lebih pelik lagi

.: a story by : hajar 3 :) :.